Amacam serius tak bunyi tajuk artikel nie. Ya anda boleh tergelak bila tengok tajuk nie tapi anda mungkin akan mengeluh seperti saya ketika saya menyedarinya. Sungguh sakit hati. Knaper saya sakit hati yer? Ini berkenaan aset/harta yang kita cari dan kumpul untuk masa depan kita. Rupa-rupanya kita tidak akan pernah kaya klau kita menyimpan wang di dalam bank (Kecuali la korang mampu kumpul duit beribu-riban sebulan. Nie untuk orang yang biasa2 ajer macam saya. Brape banyak yang anda boleh kumpul untuk sebulan. Seratus ringgit or dua ratus ringgit mungkin sepuluh ringgit pun tak termampu nak simpan. Kang ader duit RM10 tgk plak kotak rokok dlm poket dah kosong mesti nak pergi beli rokok dlu.Btul tak. Macam mana nak ader harta nie?

Ok la berbalik kepada tajuk asal artikel nie, anda ader wang kertas tak dalam simpanan anda sekarang. Ok, keluarkan. Pastu tilik wang kertas tue. Apa yang anda rasa masa pegang wang ”KERTAS” tue. Rasa tak nilai dier klau not RM50 ader nilai 50 ringgit??? Klau saya kata ia tak bernilai camner plak. Ia cuma kertas or plastik yang diberi nilai oleh pemerintah. Klaulah ya,KALAU jatuhnya kerajaan or berlaku peperangan (Mintak dijauhkan) anda rasa kertas yang ader ditangan anda tue ader nilai atau tidak. Macam yang terjadi kepada duit pokok pisang. Tanya pada atuk2 n nenek2 anda.

Mari kita tanya pula pada ibu bapa kita or atuk nenek kita. Masa diorang dolu2 duit blanja sekolah brape?Ok. Untuk tahun 60an, nasi lemak 10 sen, kuih 5 sen dan air sirap 5 sen.Seterusnya tahun 70an, nasi lemak 20 sen, kuih 5 sen dan air sirap 10 sen.Nampak tak berlaku kenaikan. Tahun 80an nasi lemak 30 sen, kuih 10 sen dan air sirap 20 sen. 1990-1999, nasi lemak 50 sen, kuih 10-20 sen dan air sirap 30 sen. Dan bermula tahun 2004 berlaku kenaikan yang agak memuncak. Ya untuk nasi lemak RM1, kuih 40 sen dan air sirap RM1 (Data ini diamabil daripada pengalaman ibu saya). Nampak tak kenaikan yang berlaku nie. Gaji anda ader naik mcm nie ker…Klau ader pun takkan dapt cover kenaikan perbelanjaan nie. Btul tak?
Dan kita akan teruskan hidup kita macam biasa. Dan kita hanya menerima aper yang media katakan sebagai inflasi. Bagi pandangan saya ini lebih sesuai dipanggill sebagai perompakan secara sedar. Lebih teruk daripada ALONG. Kerana samada kita mahu menerima atau tidak kita akan mesti tetap terima untuk meneruskan hidup kecuali anda sanggup tinggal dalam hutan. Kita meneruskan kerja kita seperti mesin dan menerima gaji setiap bulan tanpa banyak soal. Dan ini kita lakukan untuk memenuhi keperluan kepala2 besar ekonomi seperti Amerika dan Eropah. Dan mereka dengan sesuka hati boleh menganiaya kita. Bagaimana caranya, mudah saja dengan menggunakan media mereka akan mewawarkan akan kekurangan stok minyak. Dengan sendirinya harga minyak akan naik, dan seterusnya harga barangan mentah akan turut naik mencanak. Negara kita sebagai negara pengeluar hanya menerima keadaan nie. Kita sebagai end user terpaksa menerima impaknya. Maka untuk hidup dalam keadaan yang sangat memerlukan ”wang kertas’ ini kita terpaksa bekerja keras. Ada yang terpaksa bekerja dua atau tiga kerja. Bagi yang kurang sikit ajaran agamanya akan melakukan kerja yang lebih advance dan lebih cepat untuk mendapatkan ‘wang kertas’, anda paham2 je la kan. Kadar jenayah pun meningkat. Orang yang jadi orang kaya pun tak guna kerana diri,keluarga dan harta mereka tak selamat .
Apa pandangan anda sekarang, adakah ini masih kelakar atau sesuatu yang serius? Geramkan , kita kerja penat2 tapi orang lain yang kaut kekayaan kita. Ops !!! Belum kekayaan tapi peluang kepada kekayaan( WANG KERTAS). Kalau itu pandangan anda nampaknya anda belum memahami erti kekayaan sebenar. Jadi fahami dulu apa itu WANG KERTAS A.K.A. WANG FIAT.
Ok sekarang anda dah kenal apa itu wang fiat. Jadi macam mana cara nya untuk mengelakkan diri kita dirompak oleh perompak sekalian ini. Dengan cara menukarkan aset/harta anda kepada bentuk yang betul2 real. Harta yang real ialah ketulan2 emas dinar or bar2 emas.Owh macam mana nak beli emas harga kan mahal? Tak perlu risau baca SINI (Panduan Membeli Emas Tanpa Mengoyak Rabakkan Poket Seluar or Beg Duit Anda). Disini la saya berperanan untuk memperkenalkan anda satu lagi cara untuk menyimpan harta anda selain daripada menyimpan gaji bulanan anda setiap bulan ke dalam akaun bank anda. Kalau ader pertanyaan or yang anda tak faham boleh contact saya terus di 019 – 6592839 ( wan).

